Tembak Tepat Cardiff

// Tazkirah jumaat//

1) Sangat penting untuk tidak boros, dan mempunyai savings. Dulu housemate time study pernah pesan, at least dalam akaun kena ada £1000, in case of emergency.

2) Fed up sebenarnya deal dengan manusia. Dengan kerenah birokrasi. Which brings me to my next point..

3) Sebaik baik nya, kita mudahkan kerja orang. Insya allah, hidup kita pun akan senang.

4) Which brings me back to point number 1, sila menabung untuk pendidikan anak anak. Senang nanti kalau nak hantar anak belajar obersi pakai duit sendiri. Kbye.

// Karangan bergambar//

Ini tiket bas DAMRI dari Soekarno-Hatta Airport (CGK) ke Mangga Dua Square. Damri served from airport to several locations in Jakarta. In my case, aku pesan kat driver supaya stop dekat stesen Jakartakota.

Ini tiket train, kebiasaan nya train di Indonesia ada tiga kelas : Eksekutif, Bisnis dan Ekonomi. Kelas Ekonomi biasa nya lebih lama, sebab berhenti kat banyak stesen. One day before scheduled departure, aku pergi print ticket dekat stesen. Sebelum masuk platform, tunjuk tiket dan pasport, nanti petugas stamp. Ala ala sahkan identiti gittew.

Tips : Jangan lupa train ticket dan passport.

Ini interior dalam train Argo Willis dari Bandung ke Jogjakarta, kelas Eksekutif. Tak silap dulu dia bagi snacks for free, tapi sekarang takda lagi. Banyak matsaleh je naik train ni. Boring, lol. 

Antara pemandangan sepanjang perjalanan Bandung-Jogja. Train lalu sepanjang bukit (tanah tinggi), so antara bukit tu, trek bersambung pakai steel bridge. So pretty! 

Ini es campur. Macam abc je aku rasa, cuma dia banyak pakai fruits macam nangka, avocado. Tapi syukur lah takda durian, bahaha. 

Taman Sari, Jogjakarta. Entrance fee Idr 4,000. Jika jalan sorang kat sini, hati hati. Ada lokal yang offer nak tunjuk kawasan sekitar, tolak elok elok. Sebab nanti dia mintak upah. 

Kuta Beach, Bali. Time ni air surut jadi budak budak main bola. So cute! Sebenarnya time ni nak tunggu sunset, tapi mendung. Last nya iols masuk shopping mall, dinner. 

// Power ayat kursi//

Oh aku ada cerita ni, time dalam feri dari Padangbai (Bali) ke Pelabuhan Lembar (Lombok). Feri tu ambil masa lebih kurang 5 jam, gerak pukul 9 pagi. So fikir nanti nak lunch, aku beli nasi goreng bungkus kat Bali. Dalam feri, i met these locals, lelaki, bekerja dalam feri. Borak borak bagai. Plastik nasi goreng aku letak atas seat, along with my small backpack.

Dalam pukul 11, aku nak pergi toilet. Oh aku cakap nama aku Siti.

Siti : saya mau ke toilet, tolong liat kan nasi nya yah.
B: ok.

Aku pun pi toilet bawak backpack. After 30 mins or so, B suruh aku makan. Kata nya dah tengahari. Peh aku cuak, dah apahal dia ni kemain suruh aku lunch. Wakaka. Aku tak makan dalam feri, nasi goreng masuk dalam beg. Dilema, nak makan ke taknak? Nak makan, takut kena sihir, lolol. Tapi kalau tak makan, rugi. Dah beli 20,000.

Sampai homestay around 3.30 pm, peh lapar. Tak boleh jadi ni, makan je lah nasi goreng tu. Tapi apa yang aku buat sebelum makan adalah jeng3…

*baca ayat kursi*

Hahahahaha syukur alhamdulillah selamat. Tak sakit perut, takda rasa nak kahwin dengan orang lokal, takda. Hahahaha *terjun jambatan*

// Airport departure tax//

Airport di indonesia mengenakan ‘Departure Tax’ kepada semua passenger regardless you’re flying out to domestic or international destinations. Payable by cash, tapi tax berbeza ikut airport. Sebagai contoh, aku fly dari Jogjakarta- Denpasar Bali departure tax adalah Idr 35,000. Flight Lombok-Kuala Lumpur, Idr 100,000.

Dulu airport Lombok di Selaparang, quite central location. Tapi airport baru ni di Praya. Teksi dari Senggigi (my homestay) would cost around 200k, tapi bus harga 30k. Gila! Baik lah naik bas. Haha. Anyway, aku tak recommend pergi ke Lombok bulan Disember or Januari since rainy season. Rugi! Hujan bukan rintik rintik, hujan lebat.

Hello! Aku dah sampai Lombok, final stop before going back to KL. Pakai perama tour & travel, dari Ubud-Padangbai (bus), Padangbai- Lembar (ferry), sampai port, ada Perama representative tunggu, hantar ke Senggigi. Mabuk aku naik ferry, rasanya mode of transportation yang sesuai dengan Afiqah Mohd ni hanya lah private jet. Bahaha.

Anyway, aku check in di La Casa Homestay, near Senggigi. Owner homestay ni, a french married to indonesian, he’s been living here for the past 20 years! Tadi aku datang, dia pakai kain pelikat, selamba.

So dari perbualan aku with some indonesians, diorang ni sangat berharap untuk kerja kat luar, ie: brunei, malaysia. Sebab sini gaji rendah. Bayangkan orang ada S1( kalau di malaysia equivalent to degree tapi kerja dalam ferry). Paling paling pun sebulan dapat 2 juta rupiah, kalau di malaysia kata nya bisa dapat 4 juta.

Tadi while waiting for bus, aku sempat belek surat khabar. Muka depan je, pasal kes korupsi. Bukan satu kes, tapi banyak. Masa beli nasi goreng bungkus, makcik kedai makan cakap bisnes sekarang tak macam dulu. Sekarang rupiah jatuh, hehehe tapi untung lah untuk traveler yang nak datang sana. Dia pun cakap pasal korupsi. Tapi itu lah kan, kat malaysia pun hidup takda lah senang mana, cost of living pun dah naik.

Aku sebenarnya nak gi supermarket beli air mineral tapi hujan lebat pulak. Bye!

Aku berkenalan dengan seorang solo traveler dari China. Much older than me, tapi since body petite so nampak muda. So weols borak borak. Dia tanya,

"Did your parents agreed with you going on a solo trip?"
“How did you save money?”

My trick was, i had everything planned from the start ie; flight, accommodation THEN only i told my parents. Bahahaha ya lah dah book semua takkan nak cancel.

Secondly, untuk trip ni aku tak mintak sesen pun duit parents. Nak merayap, pakai lah duit sendiri. Jawapan style kak mah, “Saya menabung dari kecil”, lol

Ok jawapan nya, aku tak shopping. Bila nak beli sesuatu benda, ask yourself perlu atau tak? Duit yang ada tu save untuk travel.

And as any traveler would tell, do your research! You don’t simply jump in foreign land unprepared. So bila dah ada bits of information, takda lah senang kena scam.

// Ubud//

Hai. Kat Ubud sekarang ni. Nak cari novel Bumi Manusia, karya Proemedya Ananta Toer. Tapi bookstore nya semua jual english books. Hmm.

Aku malas nak melawat the so called tourist spot. So end up cafe hopping! Asal ada wifi, layan. Ubud atmosphere relax, banyak sawah padi. Hostel aku duduk, tepi sawah padi, aman. Takda bunyi selain bunyi alam ie: cengkerik, burung. Luls.

Sebelum ni, spent one night di Kuta. Review, overrrrrated and packed with foreigners. Tapi banyak choice for spa & massage. I had mine (body massage, scrub, facial) for Idr 135,000/2 hours at Carla Spa. Banyak choice so harga kompetitif.

// Indonesia//

After four days here, i have nothing but good things to say about indonesia and its people. Sangat ramah, baik hati. Walau mereka susah, ada yang bawak beca tapi di sebalik itu riak muka nya sangat bahagia.

Waktu dalam train bandung-jogja, lewat satu kawasan sawah padi. Dan aku nampak eh ada orang bertelekung tengah solat di tepi sawah. And few people yang aku jumpa dan berborak, sangat sangat baik. They knew the fact that i was traveling alone. Sepanjang perjalanan, aku borak dengan GP, mahasiswa kuliah syariah di uni jogja.

On a random note, diorang pelik bila tau aku travel solo. “Ga diajak temen temen nya?” Jadi default answer, “temen kerja, saya lagi nganggur”.

Di Edu Hostel Jogja, one of my dorm-mate orang malaysia, under exchange programe dengan uni di jakarta. Dia cerita sistem pendidikan dekat sini. Aku dengar, kagum! I have so much hope for their future.

Aku tak pergi tourist attractions dekat sini. First, because I’m on a budget. Secondly, sebab aku lebih tertarik dengan kehidupan seharian locals. Ini hari last di Pulau Jawa sebelum ke Bali esok pagi. Bali banyak foreigners, blerghh.

Indonesia yang aku experience, tak sama dengan cerita yang aku pernah dengar atau baca. Myth busted! Lol. Jika ada antara anda yang nak try solo backpacking, boleh cuba ke Indonesa. Try negara yang tak jauh beza culture or language dengan Malaysia. Jangan baru start solo backpacking dah nak try Ecuador. Gittew.

Tak perlu banyak duit pun nak travel, unless nak duduk hotel lima bintang. Hostel pun banyak yang bagus. Takut parents tak bagi? Well demonstrate that you can take good care of yourself. Berani keluar dari kotak (kebiasaan), go into the unknown and you’ll be surprised to meet good people out there. Tiket flight pun sekarang dah murah. Now everyone can fly, gittew.

Personal experience, bila travel solo you are more approachable. Orang luar senang nak borak compared to when you’re in a group.

// Jogjakarta//

Hello! So aku dah sampai kat jogjakarta/yogyakarta dua dua pun betul ga salah. Wah baru 3 hari kat sini dah pick up indonesian accent. Curlass.

Train Bandung-Jogja (Argo Willis) pukul 8 pagi, took about 7 hours. Lenguh pungkok duduk lama dalam train. Aku ambil kelas eksekutif, siap ada tv daaaan banyak foreigner. Harga Idr 190,000. Beli online boleh, kat stesen pun boleh.

Train stop di Tugu station, dari situ ke hostel dalam 1.6 km ikut google map. Naik teksi? Naik bas? Jalan kaki! Halfway siap berhenti dekat kafe, minum air. Padahal tujuan utama nak aircond. Bahaha. Semalam dah jalan ke Jalan Ahmad Yani dari hostel, banyak betul kedai batik. Dan busana muslimah. Since iols budget backpacker, so far belum beli souvenir lagi.

Hari ni nak pergi Keraton palace, Taman Sari and Malioboro street. Bye!

// Jakarta//

1) naik bas Damri dari soekarno hatta airport ke mangga dua square. Bas dilengkapi wifi, tapi aku try takda pun. Bersangka baik, syarikat bas tak bayar bil. Ok

2) driver bas dan receptionist hostel pesan, “hati hati ya”. Dari malaysia, dua orang kawan pesan, “indon tu bukan macam us”

3) lepas check in hostel (Rumah Shinta), aku keluar cari makan malam. Dilema betul, nak makan fast food ke nak makan kat warung? So aku end up makan nasi goreng sea food beli kat warung. Di waktu menulis ni, syukur masih tak sakit perut. Bahaha.

4) Btw, aku sebenarnya tertinggal ubat anti malaria dekat rumah. Dalam flight baru teringat. Duhh rasa nak terjun katebang time time tu jugak.

5) Aku tinggal di Rumah Shinta, about 600m dari stesen Jakartakota. Tak susah pun nak cari. Harga Idr 165,000 semalam.
Review: Lokasi dekat dengan stesen kereta api. Bersih, wifi laju. En suite room, satelite tv, towel and breakfast included at room rate. Selesa. Harga agak mahal maybe sebab 14hb january public holiday.